SSPN-i Plus Online



Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020
PTPTN dengan sukacita telah melancarkan Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 pada majlis yang telah diadakan pada 14 Julai 2020.
Cabutan WOW! adalah promosi yang istimewa dan sinonim dengan SSPN-i Plus semenjak produk ini diwujudkan pada tahun 2015. Cabutan WOW! juga merupakan penghargaan diatas kesetiaan pendeposit yang setia membuat simpanan dalam SSPN-i Plus dan juga kepada pendeposit baharu SSPN-i Plus.
Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi tahun 2020 terdiri daripada dua kategori cabutan iaitu cabutan tahunan dan cabutan bulanan. Hadiah yang ditawarkan cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM1 juta.
Hadiah utama cabutan tahunan bagi Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 adalah berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line. Hadiah cabutan bulanan bagi Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 pula adalah berupa wang tunai. Melalui Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 ini, keseluruhan seramai 1,123 pendeposit akan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
Promosi ini turut bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menikmati pelbagai manfaat dan perlindungan takaful yang ditawarkan kepada para pendeposit SSPN-i Plus.
Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala bagi Cabutan Tahunan pula bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2020:
Kategori |
Tempoh Promosi |
---|---|
Cabutan Bulanan |
1 Julai - 31 Julai 2020 |
1 Ogos - 31 Ogos 2020 |
|
1 September - 30 September 2020 |
|
1 Oktober - 31 Oktober 2020 |
|
1 November - 30 November 2020 |
|
1 Disember - 31 Disember 2020 |
|
Cabutan Tahunan |
1 Januari - 31 Disember 2020 |
HADIAH CABUTAN WOW! SSPN-i PLUS 2020
Setiap pendeposit berpeluang memenangi hadiah berikut:
Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2020 (Cabutan Bulanan) |
||
---|---|---|
Bulan |
Hadiah Tunai |
Bilangan Pemenang |
Julai |
RM2,020.00 |
20 |
Ogos |
RM2,020.00 |
20 |
September |
RM2,020.00 |
20 |
Oktober |
RM2,020.00 |
20 |
November |
RM2,020.00 |
20 |
Disember |
RM2,020.00 |
20 |
Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2020 (Cabutan Tahunan) |
||
---|---|---|
Pemenang |
Hadiah Pemenang |
Bilangan Pemenang |
Utama |
Kereta Mercedes C200FL AMG LINE |
1 |
Kedua |
Tunai bernilai RM50,000.00 |
1 |
Ketiga |
Tunai bernilai RM30,000.00 |
1 |
Saguhati |
Tunai bernilai RM500.00 |
1,000 |
Simpanlah dalam SSPN-i Plus untuk terus menikmati pelbagai manfaat dan perlindungan takaful serta hadiah lumayan yang ditawarkan.
Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!
KELAYAKAN
1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i Plus sedia ada dan baharu
2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh:
a.Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).
b.Kakitangan HLMT dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).
3. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalamTempoh Promosi.
4. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan.
5. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) melayakkan satu (1) cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan.
6. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat Tempoh Promosi.
7. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam Tempoh Promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan, tertakluk kepada terma dan syarat simpanan.

Keistimewaan SSPN-i Plus
-
Patuh syariah.
-
Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun.
-
Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
-
Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.
-
Tiada pemeriksaan kesihatan.
-
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
-
Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.
-
Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.
-
Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
-
Layak memohon pinjaman PTPTN.
-
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
-
Simpanan dijamin kerajaan.
Syarat-syarat penyertaan SSPN-i Plus adalah seperti berikut:
-
Ibu / bapa / penjaga / individu yang ingin menjadi pendeposit dan / atau penerima manfaat kepada akaun SSPN-i Plus mestilah warganegara Malaysia.
-
Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan.
-
Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
-
Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
-
Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
-
Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri.
-
Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i Plus bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
PAKEJ SIMPANAN
Pakej Intan
- Simpanan SSPN RM20
- Sumbangan Takaful RM10
- Unjuran Simpanan RM7500*
- Manfaat Takaful RM40000*
- Pelepasan Cukai RM11000*
Pakej Topas
- Simpanan SSPN RM90
- Sumbangan Takaful RM10
- Unjuran Simpanan RM34000*
- Manfaat Takaful RM40000*
- Pelepasan Cukai RM15000*
- 2 x Cabutan WOW!
Pakej Delima
- Simpanan SSPN RM40
- Sumbangan Takaful RM10
- Unjuran Simpanan RM15000*
- Manfaat Takaful RM40000*
- Pelepasan Cukai RM15000*
- 1 x Cabutan WOW!
Pakej Zamrud
- Simpanan SSPN RM180
- Sumbangan Takaful RM20
- Unjuran Simpanan RM68000*
- Manfaat Takaful RM80000*
- Pelepasan Cukai RM15000*
- 4 x Cabutan WOW!
Pakej Nilam
- Simpanan SSPN RM270
- Sumbangan Takaful RM30
- Unjuran Simpanan RM103000*
- Manfaat Takaful RM120000*
- Pelepasan Cukai RM15000*
- 6 x Cabutan WOW!
Pakej Berlian
- Simpanan SSPN RM200
- Sumbangan Takaful RM300
- Unjuran Simpanan RM76000*
- Manfaat Takaful RM1,000,000*
- Pelepasan Cukai RM15000*
- 10 x Cabutan WOW!



T E S T I M O N I
Apa Kata Mereka?
Maklumat SSPN-i
LAYAK MEMOHON PINJAMAN
memohon pinjaman disyaratkan
untuk membuka akaun SSPN.
TIADA KOMITMEN BULANAN
secara bulanan bagi akaun SSPN-i
PEMBUKAAN AKAUN SERENDAH RM20
DIVIDEN YANG KOMPETITIF
PELEPASAN CUKAI TAKSIRAN
SIMPANAN DIJAMIN KERAJAAN
PATUH SYARIAH
MANFAAT TAKAFUL PERCUMA
Jom sertai sekarang, pelbagai keistimewaan diberikan..
Simpanan bersamasspnsekarang

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.