Image
Penambahan Deposit SSPNi


Untuk penambahan deposit lampirkan RESIT dan NO AKAUN SSPN selepas buat pembayaran ke alamat email  zulkifli_m@ptptn.gov.my  untuk SEMAKAN dan CABUTAN  hadiah.
Hadiah mengikut jumlah simpanan deposit.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN.

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;

Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.
Image
Image
Image